Ceria Bermain
Chan Ho suka bermain permainan uji minda bersama-sama dengan adiknya. Mereka bermain permainan itu untuk mengisi masa lapang. Pada suatu hari, mereka bermain permainan "Selamatkan Wafi". Dalam permainan itu, mereka perlu mencari dan menyelamatkan Wafi yang tersesat di hutan.
Chan Ho dan adiknya mengamalkan sikap yang positif dalam permainan itu. Mereka tidak bertengkar atau bergaduh jika berselisih pendapat. Mereka sentiasa berbincang dan bertukar-tukar fikiran untuk menyelesaikan masalah.
Chan Ho dan adiknya bermain bersungguh-sungguh. Permainan itu agak sukar dan mencabar. Namun begitu, mereka berjaya menyelesaikan cabarannya bersama-sama.
Chan Ho dan adiknya sungguh gembira. Mereka berpuas hati kerana usaha mereka berjaya. Mereka bersorak gembira sambil berpelukan.
聆听朗读 Dengar Bacaan
Kosa Kata:
minda:智力
uji:测试
ceria:开心,快乐、光亮
bersama-sama:一同,一起
mengisi masa lapang:打发时间
pada suatu hari:有一天
menyelamatkan (selamat):救,拯救
selamatkan:拯救
tersesat (sesat):迷路,迷失
hutan:森林
sikap positif:正面或积极的态度
mengamalkan:保有,保持
bertengkar:
bergaduh:吵架、争吵
berselisih:
pendapat:意见,看法
pendapatan:收入,薪水
berbincang:讨论,商量
bertukar-tukar fikiran:交换意见
menyelesaikan masalah:解决问题
bersungguh-sungguh:认真,专心
sukar:难
mencabar (cabar):挑战
cabaran (cabar):挑战
Namun bergitu:虽然如此
berjaya:成功
berpuas hati:满足、满意
bersorak:欢呼
berpelukan (peluk):拥抱
perlu:需要
Isi tempat kosong dengan menggunakan kosa kata di atas.
Ibu bapa saya berasa gembira dan (berpuas hati) akan keputusan cemerlang saya.
Pasukan badminton sekolah saya bersorak dan (berpelukan) semasa memenangi perlawanan baru-baru tadi.
Murid-murid sedang belajar (bersungguh-sungguh) semasa Cikgu Tan mengajar di dalam kelas.
Pada cuti sekolah yang lalu, saya dan kakak membaca banyak buku cerita untuk (mengisikan) masa lapang.
Cikgu Lim sedang (................................) dengan muridnya bagaimana untuk mengarang dengan baik.
Walaupun (................................)) ayah saya tidak tinggi, saya masih bersyukur mempunyai seorang ayah yang bertanggungjawab.
Dalam kebakaran itu ahli bomba telah berjaya (................................)) lima orang mangsa.
Ali dan Raju ditegur oleh guru kelas kerana mereka suka (................................) di dalam kelas.
18pt.