Mak Cik Normah

Isi tempat kosong dengan kosa kata yang paling sesuai:

berhampiran tidak

alami bersyukur

menziarahi sayangkan

peramah baik hati

Mak Cik Normah tinggal di kampung Mutiara.  Beliau seorang yang 1.( ...........................) dan 2.( ...........................).  Semua penduduk kampung 3.( ...........................)  Mak Cik Normah. Namun, Mak Cik Normah hanya sebatang kara di kampung tersebut.

Pada suatu hari,  Mak Cik Normah 4.( ...........................)  kelihatan di sekitar kampung.  Penduduk kampung mula berasa berasa hairan.  Kemudian, Puan Hasnah mencari Mak Cik Normah di rumah,  rupa-rupanya, Mak Cik Normah 5.( ...........................)  demam panas.

Puan Hasnah bergegas membawa Mak Cik Normah ke klinik yang 6.( ...........................).  Mak Cik Normah di rawat sehingga sembuh.  Penduduk kampung yang lain turut membantu dan 7.( ...........................) Mak Cik Normah di rumah.

Mak Cik Normah 8.( ...........................)  kerana mempunyai jiran yang prihatin.  Inilah kesannya jika kita berbuat baik kepada orang lain.  Bak kata pepatah, buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. 

Kosa Kata:


18pt.