Kantin Sekolah
Sekolah saya mempunyai sebuah kantin yang besar. Apabila loceng berehat (berbunyi), semua murid segera menyimpan buku dan (beratur) di luar kelas.
Suasana di kantin sungguh (riuh-rendah). Murid-murid beratur ketika membeli makanan dan minuman. Pelayan/Pekerja kantin juga sibuk (melayan) murid-murid pada waktu rehat.
Selepas membeli makanan, murid-murid pun duduk di atas (bangku) yang disediakan oleh pihak sekolah. Mereka makan sambil (berbual-bual) Murid-murid suka membeli makanan di kantin kerana harga berpatutan. Sesetengah murid suka membaca buku cerita di (pondok bacaan).
Setelah makan, murid-murid (membuang) sisa makanan ke dalam tong sampah supaya kantin sekolah kelihatan bersih. Kemudian , murid-murid juga meletakkan pinggan dan mangkuk di dalam (besen) .
Pada waktu/pukul 10.30 pagi, loceng berbunyi lagi. Murid-murid pun balik ke (kelas) masing-masing.